Wednesday, November 21, 2018

6 TIPS UKURAN BORDER LACE YANG DIPERLUKAN MENGIKUT SETIAP SAIZ BAJU KURUNG PAHANG!


6 TIPS UKURAN BORDER LACE YANG DIPERLUKAN MENGIKUT SETIAP SAIZ BAJU KURUNG PAHANG!


Bila tengok baju org pakai baju kurung Pahang yang ada border lace tu macam cantik je kan? tapi tak tau pula berapa banyak lace nak kena beli ikut saiz badan kita ni. 

Dah beli lace nanti, tiba-tiba tailor cakap

"Senah, lace kau beli ni tak cukup ler!"

Nak tambah order pulak, stock dah habis. Alahai, tak ke mimpi ngeri jadinya tu?

Kalau nak buat tangan ala Saloma tu berapa pulak lace yang diperlukan?

Tapi kalau potongan Baju Kurung Pahang yang biasa macam mana pulak?

Jom kita tengok berapa ukuran border lace yang diperlukan untuk diletak pada baju kurung Pahang uols

Sebelum pergi lebih jauh, terdapat TIGA (3) CARA perincian Border Lace pada Baju Kurung Pahang;

A. Pada kedua belah hujung tangan SAHAJA

B. Kedua belah hujung tangan dan bahagian#HADAPAN Kaki Baju sahaja

C. Kedua belah hujung tangan dan #KELILING Kaki Baju

Dah tau nak letak border lace di bahagian mana? ok jom next picture!

Di sini ialah cadangan saiz mengikut berat badan dan tinggi uols.

So sekarang tau dah ke uols saiz apa?
UKURAN BORDER LACE BAGI SIZE XS;

A. Pada kedua belah hujung tangan SAHAJA = 26 inci, atau 66 cm. So, 1 meter border lace sudah mencukupi

B. Kedua belah hujung tangan dan bahagian#HADAPAN Kaki Baju sahaja = 47 inci atau 120cm. Maka, 1.5meter Border Lace dah cukup untuk uols

C. Kedua belah hujung tangan dan #KELILINGKaki Baju = 68 inci atau 173cm. Uols boleh beli 2 meter Border Lace atau 1 meter Border yang 2 layer.
UKURAN BORDER LACE BAGI SIZE S;
A. Pada kedua belah hujung tangan SAHAJA = 28 inci, atau 72 cm. So, 1 meter border lace sudah mencukupi
B. Kedua belah hujung tangan dan bahagian#HADAPAN Kaki Baju sahaja = 49.5 inci atau 126cm. Maka, 1.5meter Border Lace dah cukup untuk uols
C. Kedua belah hujung tangan dan #KELILINGKaki Baju = 71 inci atau 181cm. Uols boleh beli 2 meter Border Lace atau 1 meter Border yang 2 layer.

UKURAN BORDER LACE BAGI SIZE M;

A. Pada kedua belah hujung tangan SAHAJA = 30 inci, atau 76 cm. So, 1 meter border lace sudah mencukupi

B. Kedua belah hujung tangan dan bahagian#HADAPAN Kaki Baju sahaja = 53 inci atau 135cm. Maka, 1.5meter Border Lace dah cukup untuk uols

C. Kedua belah hujung tangan dan #KELILINGKaki Baju = 76 inci atau 193cm. Uols boleh beli 2 meter Border Lace atau 1 meter Border yang 2 layer.

UKURAN BORDER LACE BAGI SIZE L;

A. Pada kedua belah hujung tangan SAHAJA = 32 inci, atau 82 cm. So, 1 meter border lace sudah mencukupi

B. Kedua belah hujung tangan dan bahagian#HADAPAN Kaki Baju sahaja = 56.5 inci atau 144cm. Maka, 1.5meter Border Lace dah cukup untuk uols

C. Kedua belah hujung tangan dan #KELILINGKaki Baju = 81 inci atau 206cm. Uols boleh beli 2.5meter Border Lace atau 2 meter Border yang 2 layer. Selebihnya nanti boleh diguna pada baju anak atau ditambah pada veil atau tudung
UKURAN BORDER LACE BAGI SIZE XL;

A. Pada kedua belah hujung tangan SAHAJA = 34 inci, atau 87 cm. So, 1 meter border lace sudah mencukupi

B. Kedua belah hujung tangan dan bahagian#HADAPAN Kaki Baju sahaja = 60 inci atau 153cm. Maka, 2meter Border Lace atau 1meter border lace yang 2 layer dah cukup untuk uols

C. Kedua belah hujung tangan dan #KELILINGKaki Baju = 86 inci atau 219cm. Uols boleh beli 2.5meter Border Lace atau 2 meter Border yang 2 layer. Selebihnya nanti boleh diguna pada baju anak atau ditambah pada veil atau tudung
UKURAN BORDER LACE BAGI SIZE XXL;
.
A. Pada kedua belah hujung tangan SAHAJA = 36 inci, atau 92 cm. So, 1 meter border lace sudah mencukupi
.
B. Kedua belah hujung tangan dan bahagian#HADAPAN Kaki Baju sahaja = 63.5 inci atau 162cm. Maka, 2meter Border Lace atau 1 meter Border Lace yang 2 layer dah cukup untuk uols
.
C. Kedua belah hujung tangan dan #KELILINGKaki Baju = 91 inci atau 232cm. Uols boleh beli 2.5meter Border Lace atau 2 meter Border yang 2 layer. Selebihnya nanti boleh diguna pada baju anak atau ditambah pada veil atau tudung

Bagi yang teringin membuat baju dengan hujung tangan berpotongan ala Saloma, ukur lilit bagi kedua-dua belah tangan yang dicadangkan ialah 44 inci, bersamaan 22 inci bagi setiap satu tangan

44 inci bersamaan 112 cm. Maka 1.5 meter border lace atau 1 meter Border lace yang 2 layer sudah mencukupi
Contoh Baju kurung Pahang dengan perincian Border Lace pada bahagian hujung kedua belah tangan dan keliling kaki baju
Contoh Baju kurung dengan perincian border lace pada hujung kedua tangan dan bahagian hadapan kaki baju
Tak tahu di mana nak cari Border Lace? Jom ke Belezarepublic

Direct Whatsapp ke +60137436003 untuk order

ATAU klik link ni ==> WhatsappBeleza

Nak lagi cepat? Klik je Shopee Shop Belezarepublic ==> BelezaShopee

Ada sebarang soalan atau cadangan? Jangan lupa komen di bahagian bawah tau. 

p/s: Jangan lupa share & subscribe ya

No comments:

Post a Comment