Friday, July 13, 2018

TIPS PENGGAYAAN BORDER LACE

CONTOH-CONTOH KEGUNAAN BORDER LACE

Hmm, nampaknya ramai lagi yang tak ada idea untuk "REVAMP" baju atau tudung kan?

Sekarang ni, Am nak bagi idea macam mana uols boleh upgrade baju uols supaya kelihatan baru & trendy dengan menggunakan BORDER LACE!

Border bermaksud tepi, pinggiran, sempadan atau batas, oleh itu Border Lace ialah renda pada hujung pakaian.


BORDER LACE PADA PAKAIAN

Untuk menambah Border lace pada pakaian, uols boleh letak di hujung kaki baju, hujung pergelangan tangan atau di bahagian bawah dada bagi baju potongan peplum.

Dengan sedikin penambahan lace, baju uols akan nampak lebih ummpphh!! berbanding yang kosong.

Untuk menambah border lace pada pakaian, uols boleh mempertimbangkan sama ada untuk meletak border lace tersebut di keliling kaki baju dan kain; atau cukup di bahagian depan kaki baju dan hujung kedua belah tangan

Pic 1. Contoh penggunaan Border Lace pada baju kurung


Pic 2. Border Lace di bahagaian bawah dada baju potongan Peplum



Pic 3. Border Lace di bahagian kaki Jubah Dress .


BORDER LACE PADA VEIL

Bagi uols yang bakal menjadi raja sehari, pemakaian layah atau veil semasa upacara akad nikah atau bersanding akan menambah seri sesuatu majlis.

Selain pada pakaian, uols juga boleh menambah Border Lace pada veil. Malah, uols boleh DIY veil uols sendiri menggunakan kain chiffon atau kain net.

Saiz sehelai Veil adalah terpulang pada individu. Ada yang inginkan gaya yang lebih minimalis, cukup sehingga paras leher, malahan ada juga yang inginkan veil sepanjang yang boleh sehingga 5meter!
.
Pic 4. Border Lace pada kain Net/Tulle dijadikan Veil

Pic 5. Border Lace pada Kain net yang lebih pendek digayakan bersama tudung Chiffon

Pic 6. Pilihan panjang veil untuk bakal raja sehari


BORDER LACE PADA TUDUNG

Bagi uols yang berhijab, penampilan tudung yang plain boleh juga ditambah dengan Border Lace. Uols boleh menambah Border Lace pada hujung kain tudung bagi mengelakkan tudung terlalu kosong
.
Pic 7. Penambahan Border Lace pada Tudung

Pic 8. Border Lace yang tinggi juga sesuai ditambah pada hujung kain tudung

Untuk menambah seri sesuatu design pakaian atau tudung, uols boleh juga menjahit manik atau pearl pada lace tersebut.

TIPS: Bagi mengelakkan benang nampak serabut di bahagian bawah kain yang dijahit manik; uols boleh menjahit manik terlebih dahulu di atas kain lace sebelum lace dicantumkan pada pakaian


BORDER LACE PADA TELEKUNG

Pada zaman sekarang, istilah bergaya tidak lagi tertakluk untuk sesuatu majlis sahaja. Sekiranya uols boleh bergaya hebat untuk manusia, mengapa tidak bergaya hebat juga untuk bertemu dengan Yang Maha esa!

Penambahan border lace pada telekung, secara tidak langsung akan menambah gaya dan seri sehelai telekung tersebut. Hinggakan ada yang menjual Telekung yang diperincikan Border Lace pada harga RM300!
.
Pic 9. Telekung yang dihiasi Border Lace

Pic 10. Telekung dan aksesori beg telekung dihiasi Border Lace

TIPS: Panjang Border Lace yang diperlukan untuk dijahit di sekeliling Telekung bersaiz Normal ialah 4.5meter

Ok lah, rasanya cukup setakat ni untuk Am share cara-cara uols boleh menggunakan Border Lace bagi pakaian uols.  Sekiranya Uols mencari Border Lace, boleh terus dapatkan di Shopee Shop Belezarepublic atau terus ke Facebook Page Belezarepublic
.
Assalamualaikum 😘

No comments:

Post a Comment