Saturday, April 6, 2019

TIPS MEMILIH SETTING SETERIKA MENGIKUT JENIS FABRIK


TIPS MEMILIH SETTING SETERIKA MENGIKUT JENIS FABRIK



Mungkin perkara paling penting yang perlu anda pelajari sebelum menggosok pakaian atau linen adalah tetapan suhu yang betul mengikut jenis fabrik atau kain. Memilih tetapan yang betul pada seterika boleh memberi perbezaan sama ada kerja anda bagus atau tidak. Pemilihan suhu yang betul menjadikan kerja menggosok lebih mudah, lebih cepat dan memberikan hasil yang lebih profesional. Suhu yang salah boleh bermakna bahawa anda perlu melakukan lebih banyak kerja untuk menghilangkan kedutan atau, lebih buruk lagi, “membakar” pakaian  sehingga membentuk lubang yang tidak dapat dibaiki.

Mujurlah, salah satu ciri pada kebanyakan seterika adalah skala gelongsor yang menunjukkan tetapan suhu yang betul untuk pelbagai jenis kain. Walaupun semua seterika sedikit berbeza dalam tetapan suhu bergantung kepada pengilang, anda boleh mengikut cadangan pada carta ini sebagai garis panduan asas suhu yang tepat untuk menggosok fabrik atau kain yang berbeza menggunakan skala satu hingga tujuh; satu yang sejuk, tujuh yang sangat panas.


Tetapan Suhu Seterika Mengikut Jenis Fabrik atau Kain

Jenis Fabrik atau Kain
Tetapan Seterika
Tips Menggosok
Acetate
1
Gosok pada bahagian dalam fabrik semasa ia masih lembap.
Acrylic
3

Beaded atau Bermanik
1
Alas fabrik dengan kain tebal, gosok dari bahagian dalam fabrik dan lapis sehelai kain untuk mengelakkan kerosakkan manik.
Cashmere
3
Jangan gosok. Sebaliknya, gunakan stim sahaja. Jika kedutan teruk, gosok pada bahagian dalam  dan lapis dengan sehelai kain.
Corduroy
7
Alas fabrik dengan kain yang tebal, Gosok dari bahagian dalam fabrik. Terbalikkan fabrik dan gunakan stim sahaja di bahagian luar fabrik untuk menghilangkan kedutan.
Cotton ringan
5
Jika Fabrik cotton berwarna gelap, gosok dari bahagian dalam fabrik untuk mengelakkan tanda bersinar.
Cotton berat
7
Gosok fabrik ketika ia masih lembap. Untuk warna gelap, gosok dari bahagian dalam fabrik untuk mengelakkan tanda bersinar.
Damask
5
Lapiskan kain antara fabrik dan seterika untuk mengelakkan benang tercarik.
Lace
3
Lapiskan kain antara fabrik dan seterika untuk mengelakkan benang tercarik.
Linen
5
Gosok dari bahagian dalam fabrik yang lembap untuk kemasan linen terbaik.
Nylon
1
Sentiasa lapiskan kain sebagai perlindungan tambahan antara fabrik dan seterika kerana nylon mudah terbakar.
Olefin
3

Polyester
3

Ramie
3
Gosok dari bahagian dalam fabrik ketika ia masih lembap.
Rayon
3
Gosok dari bahagian dalam fabrik untuk mengelakkan tanda bersinar
Satin
3
Gosok dari sebelah dalam fabrik dengan melapis sehelai kain. Jangan gunakan stim kerana ia akan meninggalkan kesan air pada fabrik.
Sequin
2
Jangan gosok kerana sequin boleh cair. Gunakan stim yang sedikit di bahagian dalam fabrik untuk menghilangkan kedutan.
Sutera
3
Gosok dari sebelah dalam fabrik. Jangan gunakan stim kerana ia akan meninggalkan kesan air pada fabrik.
Syenthetic Blends
3

Velvet @ Baldu
3
Lebih baik untuk tidak digosok. Gunakan stim pada baldu untuk menghilangkan kedutan. Sekiranya kedutan teruk, alas dengan kain yang tebal, gosok dari bahagian dalam fabrik dengan sentuhan yang sangat ringan. Selepas menggosok, gunakan stim sahaja di bahagian depan fabrik untuk menghilangkan kedutan teruk.
Woven wool @ Bulu Tenun
3
Lapiskan sehelai kain yang lembab antara Seterika dan fabrik. Gosok dari bahagian dalam fabrik untuk mengelakkan tercarik dan tanda berkilat.

Tetapan Suhu dalam Celsius dan Fahrenheit seterika

Sekiranya seterika anda menggunakan skala yang berbeza atau anda ingin mengetahui lebih banyak suhu yang tepat untuk menggosok jenis fabrik yang berbeza, ikuti garis panduan ini:

  • ¨     Linen: 230 °C (445 °F)
  • ¨     Triacetate: 200 °C (390 °F)
  • ¨     Cotton: 204 °C (400 °F)
  • ¨     Viscose/Rayon: 190 °C (375 °F)
  • ¨     Wool: 148 °C (300 °F)
  • ¨     Polyester: 148 °C (300 °F)
  • ¨     Silk: 148 °C (300 °F)
  • ¨     Acetate: 143 °C (290 °F)
  • ¨     Acrylic: 135 °C (275 °F)
  • ¨     Lycra/Spandex: 135 °C (275 °F)
  • ¨     Nylon: 135 °C (275 °F)


Bagaimana Mengurus Suhu Seterika Anda

Kecuali jika anda hanya menggosok sehelai pakaian, asingkan pakaian dan linen anda yang berkedut mengikut jenis fabrik sebelum anda menggosok. Mula menggosok fabrik yang memerlukan suhu terendah seperti asetat dan nilon. Kemudian berpindah ke sutera, poliester, dan kain sintetik yang lain. Akhirnya, kain kapas dan kain linen.

Jika anda ingin bertukar ke suhu seterika yang lebih rendah, berikan seterika anda sekurang-kurangnya masa lima minit untuk didinginkan sebelum anda menggunakannya semula.

Apabila ragu-ragu mengenai suhu yang hendak digunakan, mulakan denagn suhu rendah dan gosok dari bahagian dalam fabrik dan dilapis dengan sehelai kain. Anda sentiasa boleh menggerakkan suhu secara beransur-ansur untuk menghilangkan kedutan yang teruk dan mengelakkan benang tercarik. Kesan terbakar boleh menjadi sukar untuk dibuang tetapi tidak mustahil jika dikesan lebih awal dan dirawat semasa ia berwarna terang.