Sunday, March 19, 2017

TIPS MEMILIH WARNA LACE YANG SEPADAN DENGAN PAKAIAN ANDA

.
Pernah x uols semua mcm pening sebb x tau nk matchkan lace dgn baju uols? Ataupun uols jln2 kat shopping complex, tgk baju2 kat patung tu cam cantik je padanan warnanya? Ataupun uols perasan x, warna2 baju dlm majalah semua cantik2..Nk tau x mcm mana semua padanan warna yg cntik tu dibuat? Ni Am bongkarkan rahsianya..jeng3..RAHSIANYE ADALAH COLOR WHEEL
.
Yup..color wheel..omputih panggil roda warna..hehe..dulu Am pun x tau ape kejadah color wheel ni..smpi la masa tu borak2 dgn kawan baik Am..Mc Nasz, dye tanye mcm mana Am close sale bila customer dtg nk beli lace..Am pun cerita la, mintak customer bawak sample kain ke booth, or kalo online, mintak customer anta gambar kain diorg..pastu kite pun matchkan lace yg kite rasa cantik..RUPE2NYE..ada sains nye uols..bukan taram je..patut la kadang2 de customer mcm was2 dgn kaler yg kite matchkan tu..”YE KE CANTIK??” ko rase?? Sentap x bila customer tanye soklan camtu..hahaha
.
Ok, back to business..ni adalah contoh COLOR WHEEL..actually uols boleh jumpa mcm2 jenis color wheel kat internet.


Mcm yg Am guna skrgni, Am order kat lelong.my..harga around RM27.50 je..kalo uols nk beli pun boleh tau..senang nk matchkan baju uols nk pakai g kerja or dinner nnt..Am bg link utk uols beli Color Wheel tu kat bawah2 ni nnt ye!
.
Penggunaan Color Wheel ni dpt membantu kita memilih padanan warna yg tepat..Tapi kalo dah pro, padanan warna sgt2 senang bg diorg,,dh keja nya hari2 tu je kan..hehe..tp bila kite tgk balik padanan warna yg diorg buat tu, actually mmg ikut dah skema kat Color Wheel ni..Menarik kan? jom kite tgk camne nk guna color wheel ni
.
1. KOMBINASI WARNA BERDEKATAN (ANALOGUS)
.
Kombinasi warna ini adalah kombinasi warna2 yg bersebelahan pada color wheel. Skema warna ni kite dpt tgk pada alam sekitar kita sendiri. Kalo uols nk tau, kombinasi warna2 ni jugak adalah kombinasi warna yg paling harmoni antara kombinasi2 warna yg lain
.
Pilih 1 warna, dan pilih 1 lagi warna yg bersebelahan dgn warna tersebut

Uols jugak boleh memilih 3 warna sekaligus..pilih 1 warna dan pilih 2 warna yang berdekatan dgn warna tersebut..dgn cara ni, uols boleh memadankan 3 hingga 6 warna sekaligus!
.
Pilih 1 warna, dan pilih 2 lagi warna yg bersebelahan dgn warna tersebut
.
2. KOMBINASI WARNA PELENGKAP (COMPLIMENTARY)
.
Warna2 pelengkap ialah warna yg terletak betul2 bertentangan dlm roda warna. Kombinasi warna ini adalah sgt2 kontra & paling mudah dibuat..selain tu, kombinasi warna ni jugak sgt2 cantik!
.
Pilih 1 warna, dan pilih 1 lagi warna yg bertentangan dgn warna tersebut
.
3. KOMBINASI WARNA PELENGKAP TERPISAH (SPLIT COMPLIMENTARY)
.

Kombinasi warna pelengkap terpisah adalah variasi dari kombinasi warna pelengkap. Kombinasi warna ni adalah kontra tetapi tidak se"extream" kombinasi warna pelengkap. Kombinasi warna pelengkap terpisah juga lebih harmoni berbanding kombinasi warna pelengkap.
.
Pilih 1 warna pelengkap, dan pilih 2 lagi warna berdekatan dgn warna pelengkap yg dihilangkan  sehingga kombinasi ini membentuk huruf Y

.
4. KOMBINASI WARNA TRIADIC
.
Kombinasi warna triadic ialah kombinasi 3 warna yg sama jarak pada Color Wheel. Kalo uols nk pakai baju yg bewarna warni, kombinasi warna triadic adalah kombinasi yg sgt2 tepat. Kombinasi warna triadic memiliki jarak yg sama antara satu sama lain
.
Pilih 1 warna dan berikan jarak 3 warna sebagai pemisah kpd warna2 tersebut. Ia akan membentuk segitiga sama sisi

.

VARIASI KOMBINASI WARNA COLOR WHEEL

.
Selain daripada kombinasi warna2 di atas, terdapat juga kombinasi warna secara umum. Kombinasi warna ini adalah alternatif utk anda memadankan warna pada pakaian anda.
.
1. KOMBINASI WARNA BERDEKATAN TERPISAH (SPLIT ANOLOGOUS)
.
Kombinasi warna ini adalah sama seperti kombinasi warna yg berdekatan. Tetapi jarak kombinasi warna ini adalah satu warna sahaja seperti yg ditunjukkan pada gambar di bawah
.
Pilih 1 warna, jarakkn 1 warna dan ambil warna yg berdekatan dgn warna tersebut
.
Lakukan hal yg sama utk padanan 3 kombinasi warna dgn memberikan jarak yg sama utk setiap warna
.
2. KOMBINASI WARNA BERDEKATAN DAN BERTENTANGAN 
(ACCENTED ANOLOGOUS)
.
Kombinasi warna ini adalah sama dgn kombinasi 3 warna yg berdekatan,cuma ditambah dgn 1 lagi warna yg bertentangan dgn warna yg ditengah2
.
Pilih 1 warna, ambil 2 warna yg berdekatan dgn warna tersebut. Kemudian ditambah dgn warna pelengkapnya
.
3. KOMBINASI WARNA TETRAD
.
Kombinasi warna ini merupakan kombinasi warna pelengkap berganda
.
Pilih kombinasi pelengkap yg pertama, kemudian jarakan 1 warna dan ambil pelengkap warna yg kedua
.
4. KOMBINASI WARNA PERSEGI (SQUARE)
.
Kombinasi warna ini berfungsi seperti kombinasi warna triadic. Namun ia berbeza pada jumlah warna dan jarak yg dipakai
.
Pilih 1 warna, kemudian jarakkn 2 warna sebagai pemisah pada warna2 tersebut. Sehingga membentuk segi empat sama
.

KOMBINASI WARNA LAIN COLOR WHEEL

.
Selain kombinasi warna yg telah dinyatakan di atas, terdapat juga beberapa cara lain utk memadankan warna
.
1. KOMBINASI SATU WARNA (MONOCHROME)
.
Kombinasi warna yg plg mudah dilakukan dan agak kurang menarik. Kombinasi warna ini adalah satu warna sahaja. Tetapi, jika dilakukan dgn betul, uols akan tetap kelihatan menarik. Cara terbaik utk bergaya dgn 1 warna ialah dgn memadankan pakaian anda dgn ton warna yg sama..contohnya warna biru gelap & biru cair..ataupun dgn menggunakan kain dari jenis yg berbeza tetapi warna yg sama
.
.
Walau bagaimanapun, penggunaan warna2 monochrome tidak digalakkan kerana agak kurang menarik. Disarankan anda mengekspresikan gaya dgn pelbagai warna. 
.
2. KOMBINASI WARNA NEUTRAL
.
Kombinasi warna neutral adalah seperti pemadanan warna monochrome, cuma warna yg dipadankan ialah warna neutral bermula dari warna hitam hingga putih. Selain itu, warna kelabu juga sgt sesuai dipadankan dgn apa jua warna..TETAPI...amat mudah kelihatan membosankan.
.
Berkata tentang hitam & putih, sebenarnya hitam dan putih bukannya warna. Dlm fashion, hitam dan putih dikategorikan sebagai neutral. Begitu juga warna krim, kelabu, coklat, silver & gold.
.
Konklusinya, kami menyarankan anda utk memadankan pelbagai warna selain warna neutra. Namun, harus diakui padanan warna neutral hitam dan putih adalah satu2nya padanan warna neutral yg terbaik.
.
So camne? mudahkan utk memadankan warna pakaian dan lace dgn menggunakan Color Wheel ni? kalo uols nk beli Color wheel, uols boleh terus ke link ni 
==> http://www.lelong.com.my/pocket-color-wheel-13cm-diameter-yellowbeeart-F133803-2007-01-Sale-I.htm
.
Kalau uols rasa artikel ni bermanfaat, jgn lupa share tau..Babai!!
.
Idzham Zarin
Founder Beleza Republic

No comments:

Post a Comment