Tuesday, October 16, 2018

TIPS MEMILIH LACE (RENDA)

TIPS MEMILIH LACE YANG 'FAMOUS' DI KALANGAN WANITA MALAYSIA


Hai uols, macam dah lama tak menaip bagi sharing kan? So hari ni macam terlebih rajin sikit, Am nak bagi tips jenis-jenis lace yang famous dikalangan wanita Malaysia & cara untuk memilih lace yang sesuai untuk pakaian uols.


Firstly wujud tau masyarakat yang tak tau apa itu lace. Kadang2 bila Am buat networking kat luar, orang akan bertanya; "You business apa?"..so Am pun jawab la, Jual lace. 

On the spot akan nampak kat muka tu berkerut tau. So Am pun cakap, renda yang selalu perempuan letak kat hujung baju kurung tu. Haaa..baru la nampak Nur diwajahnya..hahaha. 

Ok, back in business, Am akan explain jenis-jenis lace yang biasa digunakan oleh wanita di Malaysia.


1. BORDER LACE


Border lace ni selalunya digunakan untuk hujung bahagian kaki baju dan hujung tangan. Sesuai dengan maksud "BORDER" atau pinggiran. So memang letak kat hujung-hujung baju sahaja;  contohnya pada baju kurung atau baju kebaya.

Selain tu, ada juga yang meletakkan border lace pada bahagian pinggang untuk memperlihatkan sisi yang lebih kurus; contohnya pada baju potongan baju kurung peplum.

Kebiasaannya border lace mempunyai 2 bahagian; iaitu bahagian atas dan bawah.


Sekiranya uols hanya iginkan border lace pada bahagian depan kaki baju & hujung kedua tangan, SATU METER Border lace sudah mencukupi. 



Pic 1; contoh Border Lace. Seperti yang dikatakan; border lace mempunyai 2 bahagian. Iaitu atas dan bawah.  Bermaksud, kalau uols beli 1 meter Border Lace, sebenarnya uols mendapat 2 meter Border Lace


Pic 2; Contoh penggunaan border lace pada baju kurung. 


Pic 3; Design baju kurung peplum dengan perincian border lace


Sekiranya uols ingin menambah border lace pada baju kurung potongan peplum, make sure border lace tersebut SATU BARIS SAHAJA. Ini kerana, jika terlalu besar, ia akan menjadi titik fokus mata yang melihat.

Pastikan lace tersebut dijahit pada bahagan hadapan dada sahaja dan bukannya dijahit hingga ke belakang. Nanti nampak pelik pulak hehe


2. LACE METER

Lace meter, adalah lace yang boleh dipotong mengikut apa yang kita mahukan. Sama ada 1 meter, 1.5 meter atau 2 meter.

Lace yang sebegini kebiasaanya mempunyai bidang 60 inci, 55 inci, 52 inci atau 50 inci. So sebelum membuat pembelian, uols kena bertanya kepada penjual berapa bidang atau lebar lace tersebut. Dikhuatiri nanti tailor cakap lace tak cukup untuk design baju yang uols inginkan.

Lace meter juga mempunyai corak yang simeteri; bermaksud lace tersebut mempunyai corak yang sama & senang dipotong. Terdapat juga lace meter yang coraknya tidak simetri.

Sekiranya uols bercadang untuk membuat pakaian yang full lace seperti baju tunang or baju nikah, lace meter sangat-sangat disyorkan. 2 meter sudah mencukupi untuk membuat penuh 1 baju; tidak termasuk kain ye.


Pic 4; Contoh Lace meter dan bercorak tidak simetri

Pic 5; Contoh penggunaan Lace meter untuk baju kurung. Seandainya uols inginkan gaya lebih minimalis, uols boleh request tailor meletak lace pada bahagian hadapan baju & kedua belah tangan.



3. PATCH LACE

Uols tau kan apa maksud patch? Patch bermaksud tompokan. So, uols oleh la bayangkan lace tu tak la besar mana, setakat tompokan sahaja.

Terdapat juga patch lace dengan size yang agak besar. Patch lace yang bersaiz besar ni, uols boleh letakkan di bahagian hadapan baju ataupun pada bahagian bahu.


Dalam pasaran sekarang ni, uols boleh jumpa banyak jenis patch lace. Ada yang dijual sepasang dengan tujuan diletakkan pada hujung kedua tangan.




Pic 6; Contoh Patch Lace

Pic 7; Patch lace yang dijahit pada hujung tudung dan di atas kepala. 

Pic 8;  Baju rekaan Ezuwan Ismail ini menggunakan Lace meter utk baju & kain. Kemudian ditambah patch lace pada bahagian bahu.



4. LACE PANEL



Seterusnya, lace yang famous di kalangan wanita Malaysia adalah lace panel. Lace panel ni ramai juga yang tertipu. Penjual tu jual lace meter, tapi dikatanya lace panel!

Lace panel, bermaksud lace tersebut mempunyai panel, ataupun dalam bahasa mudahnya mempunyai bingkai. Panjang lace panel adalah TETAP 2.5METER!

Tiada lace panel yang 1 meter, 2 meter or 3 meter. Antara lace panel yang famous ialah FRENCH LACE atau imitate French lace.

Harga French Lace juga di antara RM300 ke atas. Let's say uols ternampak iklan yang mengatakan dia menjual french lace dengan harga di bawah RM300, itu adalah imitate French lace. French lace imitate, material nya sedikit keras dan tidak selembut French Lace yabg original.

Untuk bakal pengantin yang ingin membuat baju pengantin sendiri, uols digalakkn memilih lace panel. Ini kerana lace ini cukup utk dibuat baju pengantin & selebihnya untuk dibuat veil atau layah!



Pic 9; Contoh Lace panel


Seperti yang Am nyatakan tadi, Lace panel bermaksud lace atau renda tersebut mempunyai panel atau frame (tingkap) pada hujung lace. Contohnya pada Pic 9 di atas.



Pic 10; Contoh penggunaan panel lace pada pakaian pengantin dan veil.



TIPS TAMBAHAN; BAJU BERLUBANG AKIBAT SETERIKA


OK, Ni antara masalah yang sering dihadapi kaum wanita. Kadang-kadang baju or tudung tu baru je dibeli, tapi akibat seterika terlalu panas; pakaian atau tudung terbakar & berlubang

Nak dibuang sayang. Betul tak?

So, Antara tips yang Am boleh berikan di sini. Uols boleh menutup kesan lubang tersebut dengan menggunakan Patch Lace

Sekiranya kesan terbakar tersebut tidak terlalu besar, uols boleh menutup lubang dengan menggunakan patch lace & ditambah dengan perincian manik atau flower 3D. Ini sekaligus akan menampakkan pakaian uols lebih eksklusif & cantik




PAKAIAN TERSALAH POTONG & MENJADI PENDEK


Mimpi ngeri bagi tukang jahit ialah apabila pakaian customer sudah siap dijahit & baru perasan baju tersebut tersalah potong & menjadi pendek.


Ada juga antara kita yg mempunyai anak perempuan & sampai masanya baju kegemaran si kecil sudah senteng kerana si anak sudah semakin besar

Satu lagi kes yang selalu Am encounter bila mana ada cutomer yang datang dan mencari bahan yang boleh menambah labuh skirt. Beli skirt yg sudah siap di shopping mall, tapi sedikit pendek utk dipakai. Especially customer Indian & Chinese

So how? Tips nya adalah, uols boleh menambah pada bahagian bawah pakaian tersebut dengan Border Lace. Bezanya, uols kena lebihkan lace tersebut dari hujung pakaian & bukannya di jahit betul-betul di atas pakaian.

Untuk skirt pula, uols boleh menambah lace meter pada bahagian luar skirt tersebut & menjadikannya lebih panjang



Pic 11; Skirt yang dibeli pendek? Uols boleh menambah Lace meter pada bahagian luar skirt untuk menjadikan skirt tersebut lebih labuh. Terus jadi skirt ala Balenciaga

Ok, rasanya tu sahaja sharing Am untuk kali ni. Kalau ada sebarang persoalan, uols boleh taip di bahagian komen. Jangan lupa share tau. Thank you uols.

Belezarepublic

No comments:

Post a Comment