TIPS MEMILIH SETTING SETERIKA MENGIKUT JENIS FABRIK
Mungkin perkara paling penting yang perlu anda pelajari
sebelum menggosok pakaian atau linen adalah tetapan suhu yang betul mengikut
jenis fabrik atau kain. Memilih tetapan yang betul pada seterika boleh memberi
perbezaan sama ada kerja anda bagus atau tidak. Pemilihan suhu yang betul
menjadikan kerja menggosok lebih mudah, lebih cepat dan memberikan hasil yang
lebih profesional. Suhu yang salah boleh bermakna bahawa anda perlu melakukan
lebih banyak kerja untuk menghilangkan kedutan atau, lebih buruk lagi, “membakar”
pakaian sehingga membentuk lubang yang tidak
dapat dibaiki.
Mujurlah, salah satu ciri pada kebanyakan seterika adalah
skala gelongsor yang menunjukkan tetapan suhu yang betul untuk pelbagai jenis
kain. Walaupun semua seterika sedikit berbeza dalam tetapan suhu bergantung
kepada pengilang, anda boleh mengikut cadangan pada carta ini sebagai garis
panduan asas suhu yang tepat untuk menggosok fabrik atau kain yang
berbeza menggunakan skala satu hingga tujuh; satu yang sejuk, tujuh yang sangat
panas.
Tetapan Suhu Seterika Mengikut Jenis Fabrik atau Kain
Jenis Fabrik atau Kain
|
Tetapan Seterika
|
Tips Menggosok
|
Acetate
|
1
|
Gosok pada bahagian dalam fabrik semasa ia masih lembap.
|
Acrylic
|
3
|
|
Beaded atau
Bermanik
|
1
|
Alas fabrik dengan kain tebal, gosok dari bahagian dalam
fabrik dan lapis sehelai kain untuk mengelakkan kerosakkan manik.
|
Cashmere
|
3
|
Jangan gosok. Sebaliknya, gunakan stim sahaja. Jika
kedutan teruk, gosok pada bahagian dalam dan lapis dengan sehelai kain.
|
Corduroy
|
7
|
Alas fabrik dengan kain yang tebal, Gosok dari bahagian
dalam fabrik. Terbalikkan fabrik dan gunakan stim sahaja di bahagian luar fabrik
untuk menghilangkan kedutan.
|
Cotton ringan
|
5
|
Jika Fabrik cotton berwarna gelap, gosok dari bahagian
dalam fabrik untuk mengelakkan tanda bersinar.
|
Cotton berat
|
7
|
Gosok fabrik ketika ia masih lembap. Untuk warna gelap, gosok
dari bahagian dalam fabrik untuk mengelakkan tanda bersinar.
|
Damask
|
5
|
Lapiskan kain antara fabrik dan seterika untuk mengelakkan
benang tercarik.
|
Lace
|
3
|
Lapiskan kain antara fabrik dan seterika untuk mengelakkan
benang tercarik.
|
Linen
|
5
|
Gosok dari bahagian dalam fabrik yang lembap untuk kemasan
linen terbaik.
|
Nylon
|
1
|
Sentiasa lapiskan kain sebagai perlindungan tambahan
antara fabrik dan seterika kerana nylon mudah terbakar.
|
Olefin
|
3
|
|
Polyester
|
3
|
|
Ramie
|
3
|
Gosok dari bahagian dalam fabrik ketika ia masih lembap.
|
Rayon
|
3
|
Gosok dari bahagian dalam fabrik untuk mengelakkan tanda
bersinar
|
Satin
|
3
|
Gosok dari sebelah dalam fabrik dengan melapis sehelai
kain. Jangan gunakan stim kerana ia akan meninggalkan kesan air pada fabrik.
|
Sequin
|
2
|
Jangan gosok kerana sequin boleh cair. Gunakan stim yang
sedikit di bahagian dalam fabrik untuk menghilangkan kedutan.
|
Sutera
|
3
|
Gosok dari sebelah dalam fabrik. Jangan gunakan stim kerana
ia akan meninggalkan kesan air pada fabrik.
|
Syenthetic Blends
|
3
|
|
Velvet @ Baldu
|
3
|
Lebih baik untuk tidak digosok. Gunakan stim pada baldu
untuk menghilangkan kedutan. Sekiranya kedutan teruk, alas dengan kain yang
tebal, gosok dari bahagian dalam fabrik dengan sentuhan yang sangat ringan.
Selepas menggosok, gunakan stim sahaja di bahagian depan fabrik untuk menghilangkan
kedutan teruk.
|
Woven wool @ Bulu
Tenun
|
3
|
Lapiskan sehelai kain yang lembab antara Seterika dan
fabrik. Gosok dari bahagian dalam fabrik untuk mengelakkan tercarik dan tanda
berkilat.
|
Tetapan Suhu dalam Celsius dan Fahrenheit seterika
Sekiranya seterika anda menggunakan skala yang berbeza atau
anda ingin mengetahui lebih banyak suhu yang tepat untuk menggosok jenis fabrik
yang berbeza, ikuti garis panduan ini:
- ¨ Linen: 230 °C (445 °F)
- ¨ Triacetate: 200 °C (390 °F)
- ¨ Cotton: 204 °C (400 °F)
- ¨ Viscose/Rayon: 190 °C (375 °F)
- ¨ Wool: 148 °C (300 °F)
- ¨ Polyester: 148 °C (300 °F)
- ¨ Silk: 148 °C (300 °F)
- ¨ Acetate: 143 °C (290 °F)
- ¨ Acrylic: 135 °C (275 °F)
- ¨ Lycra/Spandex: 135 °C (275 °F)
- ¨ Nylon: 135 °C (275 °F)
Bagaimana Mengurus
Suhu Seterika Anda
Kecuali jika anda hanya menggosok sehelai pakaian, asingkan
pakaian dan linen anda yang berkedut mengikut jenis fabrik sebelum anda
menggosok. Mula menggosok fabrik yang memerlukan suhu terendah seperti asetat
dan nilon. Kemudian berpindah ke sutera, poliester, dan kain sintetik yang
lain. Akhirnya, kain kapas dan kain linen.
Jika anda ingin bertukar ke suhu seterika yang lebih rendah,
berikan seterika anda sekurang-kurangnya masa lima minit untuk didinginkan
sebelum anda menggunakannya semula.
Apabila ragu-ragu mengenai suhu yang hendak
digunakan, mulakan denagn suhu rendah dan gosok dari bahagian dalam fabrik dan
dilapis dengan sehelai kain. Anda sentiasa boleh menggerakkan suhu secara
beransur-ansur untuk menghilangkan kedutan yang teruk dan mengelakkan benang
tercarik. Kesan terbakar boleh menjadi sukar untuk dibuang tetapi tidak mustahil
jika dikesan lebih awal dan dirawat semasa ia berwarna terang.
No comments:
Post a Comment